Monday, 21 July 2025

Durian Kasap Merah, Segamat, Johor

 

 





Tanda bintang yang besar pada hujung buah





                                            
Peremajaan semula pokok kasap merah yang sudah tua. 

 Buah kasap merah tidak banyak di dusun kak Ida pada tahun 2025

Durian Kasap Merah. 
Durian ni rare!. Tertarik dengan nama 'kasap'. Rupa-rupanya ada kaitan dengan asal durian ini. Juga, pepatah Melayu yang sering terngiang-ngiang "berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap".

Berikut saya 'copy&paste dari Facebook "Kebun Johar Jantan".

DURIAN MERAH or KASAP MERAH
Kebangaan Segamat sejak hujung tahun 80an
Kadang kadang di panggil “Durian Kasap” kerana asalnya dari kawasan Buloh Kasap Segamat
Pokok asal durian ini berasal daripada pokok Durian kepunyaan Allahyarham Tok Merah di Kg. Padang Kiambang , Kg. Spang Loi , Buloh kasap Segamat .

Berpeluang kendurian Kasap Merah ni di rumah kenalan, Kak Ida yang tinggal di Kampung Kuala Paya, Buloh Kasap, Segamat Johor. Kak Ida sangat baik dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan kami di dusunnya yang juga mempunyai bilik homestay.

Tentang buah & rasa
Ada tanda seperti bintang yang besar dan jelas pada pada bahagian bawah buah. Sama seperti durian .

Secara peribadi, saya amat menyukai buah ini. Isinya sangat tebal, seperti durian gred premium Musang King dan D24.

Teksturnya halus dan rasanya lemak dan manis yang mewah. Buluh Kasap yang saya rasa di dusun Kak Ida dan dusun sekitarnya tidak ada rasa pahit yang ketara. Ada pendapat lain menyamakannya dengan rasa ais krim bila di simpan sejuk.

Namun, teksturnya agak lembut.

Daripada segi harga, paling tinggi sekilo mencecah RM25.00. Jadi berbaloi sebab mutu durian ini hampir menyamai raja segala durian iaitu Musang King yang jenis isi tebal dan durian klon yang premium dan tertua iaitu D24.

Setiap tahun memang tertunggu-tunggu kemunculan durian Buluh Kasap!


~Zana~
`22/7/2025


No comments:

Post a Comment

Durian Kasap Merah, Segamat, Johor

    Tanda bintang yang besar pada hujung buah                                              Peremajaan semula pokok kasap merah yang sudah tu...